Kambing 2 Kaki !



Seekor kambing mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di
wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam. Pemilik
haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu
berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih
kambing muda.

Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing tersebut
selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.

"Ia berdiri dengan menggunakan dua kakinya dan mula meminum susu
ibunya. Saya tidak boleh biarkannya mati," jelas Jinxiu. Dia dan
kambing yang seberat 4.98 kilogram ketika dilahirkan itu tidak dapat
dipisahkan dengannya.

"Walaupun cuma mempunyai dua kaki, ia dapat menyesuaikan diri dengan
cepat dan berdiri dengan stabil. Ia mengikut saya ke mana sahaja,"
kata Jinxiu sambil ketawa. Pakar veterinar memberitahu kecacatan itu
mungkin disebabkan oleh masalah genetik atau berpunca daripada
pencemaran kimia.

E-mail daripada Nurazmi Fazreen
Ini bukan photoshop yer!

3 Komen

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS