Ketua Pergerakan Wanita Umno Tamak Judi ?

Guna air mata perdaya wanita RM10,000


TAMPIN: Linangan air mata seorang lelaki warga Indonesia berjaya mencairkan hati Ketua Pergerakan Wanita Umno sebuah cawangan di daerah ini sehingga menyebabkan mangsa terpedaya dan kerugian hampir RM10,000, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an itu dikatakan ‘mempertaruhkan’ air mata dengan memberitahu memerlukan wang segera untuk pulang ke kampung halamannya bagi mengunjungi ibunya yang tenat.

Lelaki itu menawarkan tiket hadiah nombor loteri yang dimenangi bernilai RM96,000 dan memberi alasan tidak dapat menuntutnya memandangkan bukan warganegara dan meminta mangsa menyerahkan RM10,000 sebagai pertukaran untuk mendapatkan tiket berkenaan.

Mangsa berusia lingkungan 40-an yang terpedaya dengan lakonan licik lelaki itu menyerahkan barang kemas dipakainya.

Suami mangsa yang ingin dikenali sebagai Abang Din berkata, kejadian berlaku ketika isterinya yang sedang berjalan di kaki lima kedai di tengah bandar ini tiba-tiba didatangi seorang lelaki warga Indonesia yang berlinangan air mata.

“Lelaki itu mendakwa terpaksa pulang segera ke Indonesia kerana ibunya tenat tetapi tiada wang. Dia kemudian menunjukkan tiket loteri yang kononnya dimenanginya bernilai kira-kira RM96,000.

“Bagi meyakinkan isteri saya, lelaki itu turut menunjukkan keratan akhbar yang menunjukkan dia memenangi cabutan berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Katanya, lelaki itu mendakwa tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara dan pada masa sama merayu meminta bantuan RM10,000 dengan menawarkan tiket loteri dimenanginya itu sebagai ganti.

Katanya, lelaki itu hanya meminta RM10,000 manakala hadiah dimenanginya adalah RM96,000 dan bersedia mendermakan baki kepada isterinya.

“Termakan pujuk rayu lelaki itu, isteri saya menyerahkan barang kemas dan memberi buku simpanan bank kepada penjenayah berkenaan, dipercayai dalam keadaan terpukau.

“Pada masa sama, tiba-tiba datang tiga lelaki lain bertanyakan apa yang berlaku dan sebaik mendengar cerita berkenaan, seorang daripada mereka bersetuju memberi bantuan sementara RM3,000 kepada lelaki Indonesia itu.


Sumber Asal: Guna air mata perdaya wanita RM10,000

judi oh judi!

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS